DAURAH PERTAMA

 

Allah is the Best Planner.

Sedikit pengalaman yang ingin dikongsi.

 

Daurah pertama.

Sabtu. 6 ptg.

Surau Al Ansar, Keramat.

Kita pergi dengan kereta since umi balik kampung, pinjamla kereta sekejap & bawa2 sisters ( Fatin, Aisya & ramai lg )pergi Daurah.. Keramat tak jauh mana pon, plus kalau nak diikutkan pernah la lalu situ. Kawasan Jajahan kan : p

Sampai sana, masuk je surau tu. terkesima sekejap. Sebab ape? sebab semua wanita2 kat situ semua bertudung labuh. Kita bertudung bidang 45’ . Dorang semua 50’,60’  Terasa aura mereka! Time tu, terasa asing sangat, sebab kita lain dari dorang. Dekat sana jumpa la akak2 sebilik, akak halaqah & akak2 bekas usrah kita. Bila jumpa dorang terasa OK sikit sebab dorang mungkin dah paham kita mcm mana T.T

Sebelum maghrib, ade taaruf, lepas minum2 ptg sket. Then maghrib berjemaah. Lepas maghrib, kami semua bc mathurat beramai-ramai, dan habis je terus makan dalam talam. Beramai-ramai jugak. Pengalaman makan dalam talam tu dah biasa sebenarnya, time tu tadika. Hihihi.. Makan beramai-ramai ni sedap dan best sebenarnya… Tapi yang paling best, di saat kena suap dengan Kak Faizura a.k.a akak roomate kita yang tersayang. Masa tu rasa, perasaan sayang tu terus meresap. Rasa ‘something’ tapi tak tau apa. Allah saja yg tau Smile

Kat situ byk aktiviti kitaorang lebih ke arah kerohanian,tarbiyah ruhiyyah. Dr sabtu smpai keesokkan harinya, Ahad..

After Isyak, makan2 sikit, lpas tu ade ta’lim sket. usrah gitu.. Sorang sister dari UKM tak silap yg bg usrah tentang Tarbiyyah Ruhiyyah ( Rohani )

picmix-1552012-163025

*besar-besarkan la kalau nak tgk. huhu*

Banyak inti pati yg kami semua dapat. contohnye :

  • Ciri-ciri orang yangg mempunyai kecerdasan ruhiyyah
  • adab2 beramal yg berorientasikan akhirat
  • Hal2 yg memperbaiki hati
  • Salah faham tentang tarbiyyah ruhiyyah

Selain tu ade sesi Forum bersama Dr Azizah dan Kak Iman memfokuskan tentang Kepimpinan. Habis Forum, ade aktiviti LDK yg mana kitaorg menjwb soalan2 dan mentafsir surah. Sorry tak ingat surah ape. Huhuhu.. Jujurnya, dlm kumpulan tu, yang paling tak byk ckp ialah Nurul Atiqah. Ohh serius, lagi suka mendengar dari berkata-kata.LDK tu pun habis around 12+. lpas tu waktu untuk kami semua tido! Esok pagi kena bangun awal pkul 4, untuk qiam beramai-ramai. I love this moment..Sebab terdapat ketenangan di situ.. Solat sunat tahajjud, solat hajat, solat subuh bersama-sama. The bond between sisters. Ahh I can’t imagine..

Selepas subuh sisters bersenam bersama-sama kat dalam surau, brothers kat luar. Time ni pun best sebab bersenam pelik-pelik je… Tengok trainer tu mcm orang indon, so kami bersenam cara indon. Hikhik. Selesai bersenam, kami breakfast. Simple tapi sedap dan mengenyangkan. Terima kasih pada akhawat yang memasak : ) .

Daurah habis dalam pukul 12 lebih.. Bila nak balik tu terasa sedih sangat.. Sebab first time join program dakwah mcm ni, bersama-sama dengan sisters yang Masya Allah hebat sangat. Bless..

Harap sangat dapat join lagi. One day. InshaAllah.. : )

 

tumblr_m657fiOQV91rt9uwbo1_r2_500

p/s : post lama baru nk update. hahaha.

p/s : ade sesi bernasyid bersama sisters, tapi tak perlu nak cerita kot. sedih. nanti nangis kat sini : p

No comments: