Dapat Hidayah Selepas 25 Tahun.

Sebelum cuti sem, kak usrah, kak fiqa ade bagi artikel2 utk dibaca.. Jadi malam ni share 1 cerita tentang seorang lelaki bernama, Ulf Karlsson.

Dia seorang lelaki dari Sweden yang tidak ade pegangan agama, lebih mengutamakan kebendaan atau materialistik.Yes, dia juga tidak pernah terlintas dlm fikirannya mengenai kewujudan tuhan.

Katanya:

" Saya menjalani kehidupan selama 25 tahun tanpa pernah benar-benar memikirkan kewujudan tuhan atau hal-hal yang berkaitan dengan kerohanian"

Karl masih ingat ketika dia masih kecil, dia pernah menulis mengenai soal masa depan dan apa yang dia inginkan ketika tu.Dia menggambarkan dirinya sbg pengaturcara komputer yang sangat berjaya padahal dia tidak pernah menyentuh komputer. Apa yang lebih menariknya, dia akan berkahwin dan ingin hidup bersama seorang isteri yang beragama Islam.

" Waktu itu, perkataan Muslimah bagi saya adalan wanita yang mengenakan baju yang panjang. longgar dan memakai jilbab. Tetapi saya tidak tahu dr mana dtgnya fikiran itu"

Masa berlalu sehinggalah Karl menamatkan pengajian dan bekerja seperti org muda yang lain. Namun minatnya terhadap fotografi telah membolehkan dia mempunyai pendapatan sendiri sehinggakan dia mampu berpindah ke sebuah unit apartment yang dibelinya sendiri.

Karl mengaku dia sendiri tak tahu bagaimana akhirnya dia mengenali Islam kerana semuanya tanpa dirancang.

" Banyak hal yang saya sendiri tak mampu jelaskan, aoa yang saya lakukan, dan mengapa saya melakukannya"

Dia tidak ingat bagaimana dia boleh menelefon Organisasi Informasi Islam di Sweden dan berdaftar utk melanggan buletin yg diterbitkan oleh mereka dan membeli terjemahan Al-Quran oleh Yusuf dan membeli sebuah buku yang snagat bagus bertajuk Our Faith.

Selepas membaca terjemahan Al-Quran, Karls mengakui isi kandungan kitab suci sangat indah maksudnya dan boleh diterima akal. Namun dia masih bekum merasakan kehadiran tuhan dalam hatinya.

Sehingga pada satu hari, ketika dia berada di sebuah pulau yang sangat indah pemandangan alam semula jadinya, Karl dpt merasakan satu perasaan yang luar biasa yang menusuk hatinya saat dia merakamkan potret-potret pemandangan dan suasana musim gugur di pulau tu.

" Suatu perasaan kagum yang menyelubungi diri tetapi membuatkan saya bersa begitu kecil dan kerdil pada sesuatu yang sangat besar, hebat iaitu alam semesta yg pasti ade pencipta dan pemiliknya iaitu Tuhan."

" Sangat indah sehingga begitu menggetarkan perasaan yang tidak pernah saya rasai seperti ini sebelum ini yg menyebabkan saya berasa sungguh tenang namun membangkitkan suatu semangat baru"




Karl mula merasakan kehadiran tuhan di setiap sudut pemandangan keindahan yang dia saksikan. Segala kenangan indah di pulau itu terus terpahat dlm ingatannya sehingga dia pulan ke rumah. Semua tu membuatkan dia ingin mengenali Tuhan lebih dekat.

Pada suatu hari, hatinya terusik ketika dia pulang dari tempat kerja dengan menaiki sebuah bas, ketika sebahagian penumpang yang lain lena tidur, Karl menikmati pemandangan yang lazimnya biasa bagi orang lain namun menggetarkan perasaanya sendiri.

" Saya menikmati sepenuhnya pemandangan keindahan matahari yang terbenam di ufuk barat dengan segumpalan awan yang menrbarkan cahaya keemasan yang akhirnya menghasilkan satu kanvas lukisan yang membuatkan sesiapa yang melihatnya, hatinya pasti terpana tak mampu berkata apa-apa"

" Selama beberapa minit, saya merasakan satu kedamaian total dan sebuah kesedaran besar bahawa semua ini adalah hasil karya Tuhan, yang menyebabkan saya sangat merindukan detik-detik seperti ini supaya terjadi lagi" katanya.

Alangkah indah dan hebatnya ciptaan Allah sehingga membuatkan seseorang mula merasakan kehadiran Tuhan dan terus memeluk Islam..

Kan best dapat rasa mcm tu.....






edited by mlletqa.
from murabbi, kak fiqa.
pictures from tumblr.