Title atas tu sebenarnya nak letak VS, tapi nak nampak Law sikit, letak la V. Nama lagi bdak law kan, kena aplikasi sikit. Hihi. Well, hari ni aku bukan nak kutuk mana2 perempuan yang memakai shawl ( aku pemakai tdung bawal sejati ), tapi nak bagi pendapat sendiri kenapa aku tak berapa nak berkenan dengan shawl walaupun kadang-kadang aku pakai shawl. –.-
Sebab-sebab tudung bawal menjadi pilihan :
SENANG
Aku suka tudung bawal sebab aku rasa senang berbanding shawl nak kena lilit-lilit kepala. Aku pon bukan RAJIN nak lilit-lilit nanti tercekik. Tak reti senang cter. Tudung bawal ni kau buat je segi tiga, letak pin, nak cantik sket lilit la. Sikit je tak mcm shawl tu.
KEMAS
Pakai tudung bawal nampak lagi kemas berbanding shawl. Yela, kalau kau lilit shawl tu tak betul, bila-bila masa je bole terbang. Dapat plak cik atiqa pkai, mmg la kan. hahaha. Tudung bawal no fly fly. Cantik dan kemas terletak kat kepala korang. Tapi aku respect siapa yang pakai shawl kemas tu !
Ok itu je kot untuk tudung bawal. Meh kita tengok shawl pulak
SENANG dan CEPAT
Harus diakui bahawa shawl super senang dr tudung bawal sebab kau perlu lilit je kan, Tak perlu nak lipat2 mcm tudung bawal. Yes, that’s benefit of shawl. Nak siap cepat, pakai shawl. Paling senang, tak payah pin. Jimatttt !
MACAM2 KALER @ CORAK
Shawl mcm2 jenis ade, kaler pon banyak, cakap je nak ape.. Semua online shop pun lebih ramai menjual shawl dari tudung bawal. Sebab ramai perempuan suka pakai shawl.. Senang nak matching dengan baju kosong takde corak ke…
FESYEN
Ate sekarang da jadi trend HANA TAJIMA lah, YUNA lah. Semua orang nak bergaya ala-ala dorang ni. Baru up to date kan? Tapi tudung bawal tak semestinya tak up to date. Datin Norjuma pun pakai tudung bawal. Siap ade jual lagi kat FB idea dari dia.
Apa pon yang korang pakai, inshaAllah semua nampak cantik. Percayalah.- pesanan penaja.
Apa-apa pon, suka singgah blog ni sebab akak ni sangat cantik pakai shawl. HANA FEDORA. Dah la sweet denga husband dia. Awwww…
okbye.
3 comments:
saye pakai je dua dua.hihi.siapa hana fedora??? :/
hana fedora tu blogger lah. hehe. tak terkenal sgt, tp terkenal dikalangan blogger yg berhijab :)
hana fedora blogger yg duk oversea dgn suami dia and sgt adorable sekarang tgh pregnant.
I pakai tudung sarung je. 10x lagi senang. ehe.
Post a Comment